May 15, 2008

ASAN



Asan dilahirkan pada tahun 1970. Asan antara sebilangan kartunis yang datang bersama humor yang semulajadi. Asan memulakan langkahnya di pelbagai majalah kartun, antaranya menerusi ruangan Bakat Kita di majalah Gelihati. Pada tahun 1990, Asan menerima tawaran untuk bertugas di majalah Batu Api.

Namun, disebabkan masalah-masalah kewangan, Batu Api di bawah kendalian Don tidak bertahan lama. Asan kemudiannya berhijrah ke majalah Gila-Gila. Di majalah Gila-Gilalah, beliau mula terkenal dengan kartun Jaki Jipangnya. Selain itu, beliau turut menghasilkan kartun Pendekar Jaki, di majalah Gila-Gila.

Asan adalah di antara kartunis yang mempunyai stroke yang menarik dan agresif. keistimewaan Asan ialah beliau mampu mencalit terus dakwatnya ke kertas tanpa perlu lakaran pensil terlebih dahulu. Beliau mempunyai ingatan yang kuat terhadap sesuatu objek atau perkara yang mahu dilukiskannya tanpa melakukan rujukan terlebih dahulu. Asan juga merupakan kartunis yang membawa banyak pembaharuan dalam penyampaian humor samada melalui dialog ataupun visual. Di antara karya popular Asan ialah Pendekar Jaki, Jaki Jipang
Sumber ihsan : website Darialmarikartun.

May 11, 2008

ALOY




Azha Hamid (Aloy) dilahirkan pada 13 Februari 1967. Aloy memulakan kariernya menerusi ruangan Bakat Kita di majalah Gelihati. Atas kegigihannya, banyak kartun-kartun beliau mendapat tempat di majalah Gelihati. Dalam pada itu, beliau turut mencuba nasib di majalah Batu Api.

Beliau kemudian diterima bekerja di majalah Batu Api pada tahun 1989. Batu Api ketika itu masih di bawah pengurusan Mishar, pengasasnya, dan berpusat di Bangsar, Kuala Lumpur, sehinggalah ditutup operasinya pada tahun 1991. Kemudian Aloy bersama kartunis-kartunis yang lain seperti Nud's, Asan dan penulis Leemadnoor berhijrah ke Gila-Gila. Di sana, beliau memulakan siri strip kartunnya, Sidek Superstar. Pada ketika itu, Gila-Gila diketuai oleh kartunis Ujang.

Aloy juga menerima banyak tunjuk ajar daripada Jaafar Taib, Pengarah Urusan majalah Gila-Gila, sehinggalah beliau mampu menghasilkan stroke kartun yang baik. Sehingga kini, Aloy masih lagi berkarya untuk majalah Gila-Gila. Aloy juga kerap menghasilkan cover untuk majalah GILA-GILA sebelum ini.

Aloy juga berkebolehan menggunakan alat muzik seperti gitar dan drum. Beliau pernah menganggotai kumpulan GG Group bersama Boy pj, kulat dan Ramzahurin. Antara karya popular Aloy ialah Teater Takut,Sidek Superstar dan Tauke
(sumber ihsan: website darialmarikartun.)

REGGIE LEE PERKENALKAN BUDAYA DAN KEHIDUPAN MASYARAKAT CINA DALAM KARTUN.



Reggie Lee merupakan satu-satunya kartunis berbangsa cina di Majalah GILA-GILA.
Reggie Lee lahir di Pulau Pinang dalam tahun 1958. Beliau merupakan anak seorang tukang jahit. Reggie Lee adalah anak keempat dari lima beradik.

Karya pertama beliau tersiar dalam GILA-GILA pada bilangan 25, 1 September 1979. beliau menimba idea dari peristiwa-peristiwa biasa, tetapi diolah mengikut tafsiran seorang kartunis dan humoris. Karya beliau banyak menyentuh aspek kebudayaan dan kehidupan masyarakat cina, walaupun dalam bentuk lucu dan kadangkala menyindir.

Reggie Lee pernah bertugas sebagai pengarah seni di sebuah agensi pengiklanan terkemuka. Kini aktif dalam PEKOMIK. Manakala karya kartunnya yang popular ialah koleksi Reggie Lee dengan GILA-GILA, MADE IN MALAYSIA (koleksi kartun berbahasa Inggeris terbitan berita publishing – 1984), Can or Not.

Kartun Reggie Lee juga turut menjadi penghias papan tanda iklan ke Subang Jaya, iklan badan-badan kerajaan dan NGO. Rujuk- http://www.reggielee.com/

May 4, 2008

AMBO PELUKIS KARIKATUR HEBAT.




Mohd. Nordin Yusoff (Ambo) lahir pada 16 ogos 1967. Beliau berasal dari Tumpat Kelantan.pada umur 15 tahun Ambo telahpun membuat pameran solo di sekolahnya.
Beliau mula berkarya pada tahun 1988. beliau berkarya di majalah GILA-GILA pada tahun 1992.

Beliau merupakan salah seorang pelukis karikatur yang hebat di Malaysia. Pernah dianugerahkan Pelukis karikatur terbaik di Pameran Kartun Kebangsaan yang diadakan di Kuala Lumpur pada April 2001. Datuk Lat berpendapat "Ambo membawa kita memahami pengaruh kuat yang ada pada seni karikatur. Wajah -wajah yang dihasilkan diatas kanvas berbentuk skulptur, dipahat, patung lucu dan sesetengahnya seperti topeng pak lawak...semuanya lukisan jenaka yang meninggalkan kesan yang tajam...itulah sebabnya Ambo menjadi salah seorang karikaturis pilihan utama kita.."

Di antara karya-karya beliau ialah Mega movie (terbitan CESB), Kisah Betul 9terbitan CESB), Koleksi Megastar Caricature (terbit di Singapura) dan Lakar koleksi karikatur terkini (terbitan Rhythm publishing)

Kini beliau membuka syarikat sendiri iaitu HOT SKETCH ENTERPRISE.

NAN



Zainal Osman (Nan) adalah kartunis yang menghasilkan cerita bersiri Ayop Anak Tulakang yang masih disiar semula oleh GILA-GILA. Kartun tersebut antara rating tertinggi sewaktu penerbitan Gila-Gila di era tahun 1980an. Karya ini kemudiannya diterbitkan dalam bentuk koleksi.
Siri kartun Din Teksi turut mendapat tempat dikalangan pembaca Mingguan Malaysia dan mempopularkan nama Nan. Selain itu, Nan turut menghasilkan kartun untuk imej korporat sebuah institusi perbankan.

IMUDA KARTUNIS SERBA BOLEH.


Abdul Rahim bin Muda. Itulah nama sebenar IMUDA. Beliau lahir pada 13 Disember 1959 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Merupakan anak ke – 6 daripada 8 orang adik beradik. Imuda cenderung pada bidang lukisan sejak zaman persekolahan lagi. Komik pertama hasil karya beliau bertajuk “Hang Sebat’, setebal 20 halaman. Tamat SPM pada tahun 1978, Imuda melangkah kealam pekerjaan. Kerjaya pertama Imuda adalah di United Book Company iaitu sebuah syarikat penerbitan buku. Imuda pernah menjadi pelukis illustrator Majalah Dunia Kanak-kanak. Kemudiannya beliau berpindah kerja dan menjawat jawatan Penolong penulis di DBP.
Kerjaya Imuda kini bukan sahaja dapat dilihat pada bidang lukisan kartun, potret dan karikatur sahaja. Imuda membuktikan bahawa beliau adalah seorang yang berbakat dalam semua lapangan bidang seni sama ada berlakon, menyanyi, pengacara, pelawak.

Kartun Imuda iaitu MAT GELAP pernah di animasikan dalam Filem ‘MAT GELAP’. Imuda turut berlakon dalam filem tersebut. Nama imuda terus bersinar apabila sitcom paling popular beliau ialah Pi Mai Pi Mai Tang Tu mencatat rating sitcom paling mendapat sambutan di TV3.

Watak Budin yang dilakonkan oleh Imuda sememangnya mencuit hati seperti karya kartun beliau. Menurut Hatta Azad Khan “Kombinasi Imuda sebagai pelakon komedi dan Pelukis adalah gabungan luar biasa yang menarik. Jarang kita bertemu dengan pelukis komik yang dapat melakonkan watak lukisannya.” Itulah kebolehan Imuda. Di Antara Karya kartun Imuda yang popular ialah Koleksi Imuda, Imuda vs Yushimura dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Kini Imuda sering muncul dalam sitcom Salam Pantai Timur dan Geletek.

May 3, 2008

CABAI KARTUNIS HUMOR WANITA SENSASI.



Kartunis humor wanita yang sensasi, Cabai atau nama sebenarnya Sabariah Jais, bukan calang-calang kartunis humor.Beliau mula berkarya pada tahun 1988 sehingga hari ini, ibu kepada tiga orang anak ini telah menempuh pelbagai kejayaan dan kecemerlangan dalam kerjaya kartunis humor. Kartunis Cabai telah melakar sejarah menjadi kartunis humor wanita pertama di negara ini dan mempunyai karektor kartun yang tersendiri dan watak-watak kartun humornya dikenali oleh peminat. Cabai pernah menerbitkan majalah sendiri iaitu Majalah Cabai -ekslusif untuk wanita.

Di antara karya popular beliau yang turut dijadikan telemovie ialah Tiga Dara Pingitan.
Manakala karya hebat cabai ialah Joyah sport, Makcik Wok, Usop 2020.