July 3, 2008

KOLEKSI TERBAIK JAAFAR TAIB.









Jaafar Taib seorang pelukis yang serba boleh. koleksi kartun beliau membuktikan segalanya. Jika anda mahu bergelak ketawa dengan humor selamba beliau dapatkanlah koleksi-koleksi ini dipasaran atau order terus dengan CESB sdn bhd (borang order dalam majalah Gila-Gila pun ada).
Lukisan kartun Jaafar Taib juga sangat sesuai dijadikan rujukan dan banyak membantu pelukis kartun pelapis dalam menghasilkan karya kartun mereka.

Kartunis Gila-Gila.

Masih ramai kartunis GG yang belum sempat saya paparkan seperti Bob Asri, Nat, Oly, John Jawa, Ida, Amir Astar, Azhar, Senapon, Roslim, Lee Inas, Bor, Baha Onan dan ramai lagi. Sama ada kartunis ini sudah lama berkarya dalam majalah Gila-Gila ataupun yang masih baru. Insya Allah jika ada maklumat terkini akan saya paparkan di masa-masa akan datang.

Kesemua mereka ini sememangnya amat berbakat besar dan mempunyai pengaruh masing-masing. Karya-karya mereka terus subur di hati pembaca dan mungkin menjadi pendorong kepada pelapis akan datang.

Tahniah diucapkan kepada mereka semua...kerana merekalah yang membuka laluan dan menjadi panduan kepada hala tuju untuk kartunis hari ini terus berkarya.

June 17, 2008

NUD'S DAN SEMBANG-SEMBANG




Nuds adalah kartunis yang popular dengan kartun SEMBANG SEMBANG dalam Majalah Gila-Gila. Beliau berasal daripada Sungai Siput, Perak. Beliau adalah kartunis yang memegang Diploma Accountancy dari UiTM. Karya-karya beliau sememangnya sarat dengan mesej. Sentuhan Nuds seakan-akan menyedarkan masyarakat tentang banyak perkara dalam kehidupan seharian melalui karya SEMBANG-SEMBANG dan ONCE UPON A TIME. Sama ada kita sendiri sedari ataupun tidak, Kartun Nuds ini dilihat sebagai satu versi jenaka yang penuh bermesej.

Antara kartun Nuds yang popular ialah SEMBANG-SEMBANG, OPIS CORNER dan NUDIN.Selain gemar melukis kartun, kartunis Nuds juga mahir dalam lukisan karikatur. Jika anda menghadiri promosi Majalah Gila-Gila, anda pasti akan dapat melihat Nuds melukis karikatur.Kini Nuds muncul dengan Koleksi SEMBANG SEMBANG Jilid 1 (berwajah baru) dan kompilasi ONCE UPON A TIME. Koleksi ini terdapat dalam 2 versi iaitu Soft Cover dan Hard Cover. Koleksi Nuds ini juga merupakan satu penghargaan buat semua peminat-peminat beliau.

CIK LI SUNTIK KASIH SAYANG DAN KEKELUARGAAN DALAM KARTUN.





Bagi peminat kartun Majalah Gila-Gila pasti masih ingat dengan satu watak kanak-kanak yang cute bersama pakciknya.


MANJALONG boleh dianggap satu sentuhan yang terbaik pernah dihasilkan oleh kartunis Cik Li. dengan lukisan kartun yang kemas dan menyakinkan Cik Li berjaya menghidupkan watak MANJALONG agar terus kekal dan segar diingatan pembaca.
Cik Li juga berjaya menghasilkan satu koleksi MANJALONG dalam KURMA DAGING ANITA. perjalanan ceritanya masih berkisar tentang hubungan kekeluarga, Cinta , setia kawan dan masyarakat sekeliling. Sentuhan karya Cik Li dalam koleksi KURMA DAGING ANITA berjaya membuat pembaca tergelak dengan gelagat Manjalong dan pakciknya, disamping tersentuh emosi dengan sedikit konflik yang muncul dalam hidup mereka.


sedikit info juga untuk pengetahuan korang bahawa kartunis Cik Li merupakan salah seorang kartunis yang menganggotai kumpulan GG Group dalam album pertama mereka bertajuk 'Hairan' dan pernah tampil berlakon dalam telemovie bertajuk 'POYO' bersama kartunis lain.
Walaupun kini agak sukar melihat karya terbaru beliau namun begitu sentuhan Cik Li melalui karya MANJALONG sukar ditandingi oleh kartunis lain kerana karya ini seakan-akan mempunyai jiwa yang agak luar biasa sehinggakan MANJALONG kekal dihati peminat-peminatnya.


Jika anda rindukan Manjalong anda boleh mendapatkan koleksi BIOKARTUN GG Group kerana terdapat koleksi MANJALONG di dalamnya. Tahniah buat kartunis Cik Li.

May 29, 2008

RAMZAHURIN NOUTWILL





Ramzahurin Noutwill (Ram) merupakan kartunis Gila-Gila yang cukup popular dengan kartun Eighty Something, Mat Kuyup dan Don Parasit.

Beliau juga merupakan anggota kumpulan GG Group. Selain aktif melukis kartun Ramzahurin juga berpengalaman dalam menghasilkan karikatur. Beliau pernah bergandingan dengan kartunis kulat menganjurkan KEMBARA KARIKATUR. Menerusi Kembara Karikatur, GG Group akan melukis karikatur wajah para peminat mereka dengan kadar bayaran yang murah, iaitu RM10 hingga RM15. Ia boleh disiapkan dalam tempoh 10 minit sahaja.
Selain dapat berhubung secara terus dengan para peminat, projek tersebut juga bertujuan untuk membuktikan kemampuan mereka yang sebenar dalam bidang melukis kartun.
Kini Ramzahurin masih aktif berkarya untuk majalah Gila-Gila.

May 28, 2008

KULAT DAN MAT METAL




Ruhisham Hashim ( Kulat ) merupakan ketua bagi kumpulan GG Group.
Kartunis Kulat pernah menghasilkan kartun MAT METAL yang sangat popular di majalah Gila-Gila.

Selain melukis untuk majalah, kulat juga banyak menghasilkan kartun dalam bentuk kad ucapan. Kulat kini masih aktif melukis untuk ilustrasi buku. Terbaru, Siri Cereka Sains terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. (Up&D) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia MBBY). UP&D turut memenangi hadiah penghargaan melalui penulisnya iaitu Ruhisham Hashim (Kulat) dan beberapa penulis lain. Antara Karya ilustrasi Ruhisham Hashim (kulat) ialah The Legend of Flying Cats, Clokie the Talking Clock Tower, Celebrating with the Annual Dwarf, Papie the Magic Paper dan The Greedy Doctor Barr.
Bagi Kulat pula, karya-karyanya berfungsi sebagai medium kepada pendedahan awal kanak-kanak terhadap dunia buku dan pembacaan. Oleh itu, ia disampaikan menerusi ilustrasi yang menarik. Latar belakang beliau sebagai kartunis dan ilustrator banyak membantu mengenal pasti pendekatan dan bentuk ilustrasi yang sesuai dalam sembilan siri karya tersebut.
(sumber: utusan)
Kulat juga ada menghasilkan video klip animasi lagu 'HAI OBAT' nyanyian saiful apek, bob ku2, dan brudu. link blog kulat:-http://www.kulatt.blogspot.com/

Kenangan Kulat bersama kumpulan GG Group sukar dilupakan peminat. Buat mengubat kerinduan hayatilah lirik lagu GG Group yang pernah Hits: -

Balada Cinta Romeo.

Andainya aku dapat
Menggenggam bara api sayang
Pasti tanganku melecur
Hakikat kau tetap ku sayang
Andainya aku dapat
Membawa kau ke bulan sayang
Haruslah aku jadi seorang angkasawan sayang

Burung-burung berterbangan
Mengiringi penerbangan
Kita terlanggar awan
Lalu terjunam ke lautan
Kita harungi ribut dan taufan
Punahlah segala harapan
Hadir nelayan menghulur tangan
Menyambut episod cinta kita

Andai antara kita
Ada lautan api sayang
Akan tetap ku renang
Tapi selepas hujan sayang

Burung-burung berterbangan
Mengiringi penerbangan kita terlanggar awan
Lalu terjunam ke lautan
Kita harungi ribut dan taufan
Punahlah segala harapan
Hadir nelayan menghulur tangan
Menyambut episod cinta kita

Andainya aku dapat
Menggenggam bara api sayang
Pasti tanganku melecur
Hakikat kau tetap ku sayang

Andainya aku dapat
Membawa kau ke bulan sayang
Haruslah aku jadi seorang angkasawan sayang...

May 15, 2008

BOY PJ PROMOSIKAN TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA DALAM KARTUN.




Boy PJ atau nama sebenarnya Noor Azman Samsuddin, Berasal dari teluk intan, Perak. Berbakat besar dalam lukisan kartun, penulisan dan nyanyian.
Karya popular yang dihasilkan ialah Malaysia Meriah dan Pulau Jouy and the gang. Boy Pj pernah berkhidmat dengan berita harian sebagai wartawan. Namun begitu, beliau kembali semula ke GG dan menghasilkan album bersama kumpulan GG Group. GG Group dianggotai oleh Kulat, Aloy, Cik Li,Ramzahurin dan Boy Pj. Album pertama mereka telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan dijual melebihi 40,000.Album pertama sebenarnya lebih bertujuan untuk mempromosikan majalah GG. Anda boleh layan youtube -video klip lagu Belek lagilah yang dimuatkan di bahagian bawah blog ini.
Namun begitu album kedua mereka tampil agak berbeza sedikit kerana ianya menampilkan kisah kehidupan dalam masyarakat serta memberikan suntikan moral yang membina.Menerusi album kedua mereka yang masih mengekalkan penerbit Azmeer. Antara lagu yang terdapat dalam album ini ialah Antara Aku dan Jutawan, Minah Dollah, Angkara Siapa, Keroncong Untuk Suparti, Nak Ke Tak Nak, Konkrit Kasih, Yang Nombor Satu, Lagu Biasa dan Hairan.
Akibat pelbagai dugaan melanda dengan ahli kumpulan yang silih berganti. Akhirnya mereka terpaksa akur GG Group terpaksa berpecah dan berkubur. Rata-rata peminat GG Group juga berasa amat kecewa dengan perpecahan kumpulan ini. Bagi anda yang ingin memiliki Album GG Group ia masih terdapat di GG corner -pejabat CESB, Bangsar.
Boy Pj menganggap kumpulan GG Group telah memberi pengalaman berguna kepada dirinya dalam bidang rakaman album dan juga sebagai penyanyi. Boy Pj bersama-sama tiga lagi rakannya iaitu Cik Li, Azam dan Azwin aktif menjalankan perniagaan dalam bidang karikatur di sekitar Lembah Klang.