June 17, 2008

NUD'S DAN SEMBANG-SEMBANG




Nuds adalah kartunis yang popular dengan kartun SEMBANG SEMBANG dalam Majalah Gila-Gila. Beliau berasal daripada Sungai Siput, Perak. Beliau adalah kartunis yang memegang Diploma Accountancy dari UiTM. Karya-karya beliau sememangnya sarat dengan mesej. Sentuhan Nuds seakan-akan menyedarkan masyarakat tentang banyak perkara dalam kehidupan seharian melalui karya SEMBANG-SEMBANG dan ONCE UPON A TIME. Sama ada kita sendiri sedari ataupun tidak, Kartun Nuds ini dilihat sebagai satu versi jenaka yang penuh bermesej.

Antara kartun Nuds yang popular ialah SEMBANG-SEMBANG, OPIS CORNER dan NUDIN.Selain gemar melukis kartun, kartunis Nuds juga mahir dalam lukisan karikatur. Jika anda menghadiri promosi Majalah Gila-Gila, anda pasti akan dapat melihat Nuds melukis karikatur.Kini Nuds muncul dengan Koleksi SEMBANG SEMBANG Jilid 1 (berwajah baru) dan kompilasi ONCE UPON A TIME. Koleksi ini terdapat dalam 2 versi iaitu Soft Cover dan Hard Cover. Koleksi Nuds ini juga merupakan satu penghargaan buat semua peminat-peminat beliau.

CIK LI SUNTIK KASIH SAYANG DAN KEKELUARGAAN DALAM KARTUN.





Bagi peminat kartun Majalah Gila-Gila pasti masih ingat dengan satu watak kanak-kanak yang cute bersama pakciknya.


MANJALONG boleh dianggap satu sentuhan yang terbaik pernah dihasilkan oleh kartunis Cik Li. dengan lukisan kartun yang kemas dan menyakinkan Cik Li berjaya menghidupkan watak MANJALONG agar terus kekal dan segar diingatan pembaca.
Cik Li juga berjaya menghasilkan satu koleksi MANJALONG dalam KURMA DAGING ANITA. perjalanan ceritanya masih berkisar tentang hubungan kekeluarga, Cinta , setia kawan dan masyarakat sekeliling. Sentuhan karya Cik Li dalam koleksi KURMA DAGING ANITA berjaya membuat pembaca tergelak dengan gelagat Manjalong dan pakciknya, disamping tersentuh emosi dengan sedikit konflik yang muncul dalam hidup mereka.


sedikit info juga untuk pengetahuan korang bahawa kartunis Cik Li merupakan salah seorang kartunis yang menganggotai kumpulan GG Group dalam album pertama mereka bertajuk 'Hairan' dan pernah tampil berlakon dalam telemovie bertajuk 'POYO' bersama kartunis lain.
Walaupun kini agak sukar melihat karya terbaru beliau namun begitu sentuhan Cik Li melalui karya MANJALONG sukar ditandingi oleh kartunis lain kerana karya ini seakan-akan mempunyai jiwa yang agak luar biasa sehinggakan MANJALONG kekal dihati peminat-peminatnya.


Jika anda rindukan Manjalong anda boleh mendapatkan koleksi BIOKARTUN GG Group kerana terdapat koleksi MANJALONG di dalamnya. Tahniah buat kartunis Cik Li.