December 16, 2008

KOMIK NORA ABDULLAH!

NORA ABDULLAH- pelukis komik wanita pertama di Malaysia dan pernah menghasilkan beberapa siri komik sekitar 1950 an. kini karya beliau diterbitkan lagi bersama setiap keluaran MAJALAH GILA-GILA mulai keluaran 694 (dis 2008).

AKU BUDAK MINANG DIADAPTASI DALAM BENTUK DRAMA TV!









AKU BUDAK MINANG (Ujang).
SETELAH DUA PULUH TAHUN BERADA DI PASARAN AKHIRNYA AKU BUDAK MINANG DI ADAPTASI KE DRAMA BERSIRI UNTUK SIARAN RTM. DRAMA TERBITAN NISCAM SDN.BHD DENGAN KERJASAMA CESB.SDN BHD ITU AKAN DI TERBITKAN SEBANYAK 13 SIRI BERMULA SIARANNYA PADA AWAL TAHUN HADAPAN (2009).
PENGARAH MUDA YANG KREATIF ZULKEFLI M.OSMAN DI BERI KEPERCAYAAN UNTUK MENGARAHKAN DRAMA YANG DIBINTANGI OLEH BAHARUDDIN HJ.OMAR,MAK JAH,ALONG RAJA LAWAK DAN RAMAI LAGI DRAMATIS TANAHAIR.

OTAI KARTUN- KERENGGE THE RETURN!




Mohamad Hanafiah Ibrahim @ kerengge.
Satu nama cukup besar dalam Majalah GILA-GILA.
Kerengge kini masih aktif melukis katun; tetapi untuk akhbar Berita Harian pada ruang yang diberi nama Macam-Macam. Ruang kartun editorial yang disiarkan pada hari2; Isnin, Rabu dan Jumaat.



KARTUN TERKINI KERENGGE :






Rata-rata peminat-peminat kartun tanahair masih merindui sentuhan karya terbaru beliau bersama GILA-GILA.




December 1, 2008

October 29, 2008

GILA-GILA FIRST EDITION


BAGI MEMENUHI PERMINTAAN PEMINAT HARDCORE SEMUA SAYA PERSEMBAHKAN COVER GILA-GILA KELUARAN PERTAMA DAHULU. Dan bawah tu koleksi Gila-Gila Lama...MUGA PUASHATI! TQ

October 11, 2008

KOMPILASI TERULUNG - AMBO






MEGAMOVIE- sebuah karya Ambo yang menampilkan kombinasi filem kepada kartun dalam terjemahan pelukisnya. Mungkin tak sama tetapi cukup menghiburkan dan membuatkan anda ketawa sampai pengsan!

KOMPILASI SENTUHAN AMIR ASTAR!




KOMPILASI SHAH SHAWATI..merupakan kompilasi terbaik sentuhan Amir Astar. Penuh gelagat suka duka budak sekolah. Mungkin kompilasi ini akan mengimbau dunia persekolahan anda dulu yang penuh nostalgia..

THE BEST OF: LEE INAS






KOLEKSI LEE INAS- penuh jenaka bersahaja dan memberi input yang memberangsangkan minda...dapatkan koleksi emas ini, terbaik daripada Lee inas!

October 6, 2008

PRODUK ANIMASI KERJASAMA CESB DAN EPICT!



  • Anda mahukan karya animasikan bercirikan local content? Nantikan produk animasi dari kartun yang terdapat di dalam majalah Gila-Gila. Antara Judul-judul karya kartun yang terpilih ialah
  • MAWAR OH MAWAR, PEWIRA MAT GILA, TAN TIN TUN- karya Asal Allahyarham Rejabhad.
  • AYOP ANAK TULAKANG- karya Asal Nan
  • SANG KANCIL - Karya Asal Jaafar Taib
  • Namun begitu terdapat juga siri baru seperti 'PENYU TERAKHIR', QABILAH, SILATRON, OPY P.I dan BALANG.
  • Produk Animasi ini adalah hasil kerjasama pihak CESB dan EPICT yang telah dimeterai pada 29 ogos 2008 di Kuala Lumpur Convention Centre.
  • Turut hadir memberi sokongan ialah Ikon Kartunis Malaysia- Dato' Lat
  • Dijangka terdapat 130 episod pelbagai judul akan dibangunkan dalam masa 5 tahun ini.
  • Salah satu studio animasi yang diwujudkan oleh kerajaan negeri Terengganu melalui eFarm ialah studio ANIM@ter ( Animation at Terengganu) di bawah naungan EPICT. studio ini mempunyai 130 animator yang beroperasi dengan keluasan 35000 kaki persegi.
  • Produk animasi local content ini disasarkan akan setanding dengan studio produksi animasi antarabangsa seperti Singapura, India, Filipina dan Korea Selatan.



July 18, 2008

KOLEKSI TERBAIK CABAI





Cabai satu nama yang cukup besar dan berpengaruh. Cabai merupakan kartunis wanita paling popular di Malaysia. Koleksi kartunnya Tiga Dara Pingitan sesuai dijadikan bahan bacaan anda. Tiga Dara Pingitan adalah karya terbaik Cabai sepanjang kariernya sebagai kartunis popular.

KOLEKSI TERBAIK AZA






Aza pelukis kartun bisu paling popular di Malaysia. Kebijaksanaan Aza menghasilkan kartun bisu membuatkan pembaca terbahak-bahak ketawa. Dapatkanlah koleksi kartun bisu Aza ini sebagai koleksi peribadi anda.

July 4, 2008

KOLEKSI TERBAIK UJANG












Ujang merupakan kartunis yang popular dengan karya-karya yang unik dan menarik. Memiliki karya ujang amatlah istimewa kerana setiap karyanya mempunyai kekuatan dalam lukisan dan jalan ceritanya. Jadikanlah koleksi ini sebahagian daripada koleksi bacaan anda.