November 17, 2010

AKU BUDAK MINANG MUSIM BARU




AKU BUDAK MINANG
KEMBALI LAGI

SETIAP RABU
JAM 8.30 MALAM
TV 2

DARI KOMIK KE KACA TV PULA!











June 7, 2010

May 14, 2010

March 3, 2010

NEW!




January 29, 2010

VARIASI ALOY!

ALOY leka melukis watak kartun.

Penuhi impian dari lakar kartun ke karikatur KISAH masyarakat, seniman jalanan dan cerita seram. Tiga tema berbeza ini menjadi rutin tugasan kartunis minggu ini. Mengakui komitmen menyiapkan tiga karya berbeza tema kadang kala menguji diri, namun atas nama minat dan tanggungjawab, semuanya dilakukan tanpa bersungut. Azaha Abdul Hamid atau nama penanya, Aloy bergiat serius dalam industri kartun tempatan pada akhir 1980-an apabila ditawarkan berkarya di majalah Batu Api. Ketika menanti keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Aloy kerap menghantar karyanya ke beberapa majalah humor tempatan. Karya pertama sentuhan Aloy disiarkan di majalah Gelihati dengan bayaran RM350.



Bayaran agak lumayan ketika itu menambahkan lagi minat Aloy untuk berkarya. Demi mengejar cita-cita menjadi kartunis, Aloy berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib. Nasib menyebelahinya apabila Aloy diterima bekerja dengan majalah Batu Api. Selepas dua tahun bersama majalah Batu Api, Aloy bekerja dengan majalah humor kegemarannya sejak bangku sekolah iaitu Gila-Gila. Mengenai pembabitannya dalam bidang kartun, Aloy berkata, beliau terhutang budi dengan kartunis Juragan yang banyak memberi tunjuk ajar.

Bercerita lanjut, Aloy berkata, beliau juga cenderung menghasilkan kartun editorial dan pernah menyumbangkan karya untuk sisipan pendidikan terbitan Berita Harian iaitu Didik dan Harian Metro. Pada suatu ketika, Aloy berhenti sebentar dari majalah Gila-Gila dan menghasilkan kartun berunsur politik untuk sebuah penerbitan selama dua tahun. “Dalam tempoh itu, ada kalanya saya rindu untuk melukis kartun Tauke, Sidek dan Teater Takut. Selepas dua tahun dengan penerbitan terbabit, saya kembali semula ke Gila-Gila dan berkarya hingga hari ini,” katanya. Sejak beberapa tahun lalu, Aloy mengembangkan bakatnya dengan melukis karikatur. Beliau berkarya di bengkel mininya di pusat akuarium, Aquaria KLCC di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Kata Aloy, sebahagian besar pelanggannya adalah pelancong yang tertarik dengan lakaran karikatur spontan yang dilakukannya.

Bagaimana perasaan anda apabila berpeluang bekerja di majalah Gila-Gila yang anda minati sejak zaman persekolahan?

Bagi pelukis kartun ketika dulu, bekerja untuk majalah Gila-Gila menjadi impian kerana Gila-Gila adalah antara majalah humor yang hebat. Jadi, saya sangat gembira apabila diterima bekerja dengan pasukan Gila-Gila. Apa lagi dapat bersama barisan kartunis senior yang selama ini hanya dikenali melalui karya mereka di majalah seperti Azman Yusof, Jaafar Taib dan Don.

Ceritakan serba sedikit mengenai hasil karya anda untuk majalah Gila-Gila?

Saya bermula dengan karya loose dan ilustrasi. Banyak karya saya sering ditolak pada peringkat awal. Lama-kelamaan, saya mula diberi tugas untuk menghasilkan siri kartun dengan watak ciptaan saya. Mereka mahu saya tampilkan watak bangsa bukan Melayu. Jadi, saya hasilkan watak peniaga cina yang dipanggil Tauke. Dalam kampung yang didiami peniaga Cina itu, kedai Tauke adalah satu-satunya kedai runcit yang ada. Maka, semua penduduk tidak kira bangsa pergi ke kedai ini untuk membeli barang. Melalui interaksi antara penduduk dan Tauke, pelbagai kisah, peristiwa dan mesej dapat dipaparkan. Dalam siri Tauke, subjek yang sering dijadikan bahan cerita adalah isu semasa dan kepenggunaan. Misalnya, kisah yang berlaku dalam masyarakat dan isu kenaikan harga barangan yang disampaikan dengan unsur jenaka. Agak sukar untuk menghasilkan karya ini kerana ruang penceritaannya hanya sekitar perniagaan Tauke saja.

Bagaimana dengan satu lagi siri karya anda, iaitu Sidek?

Sejujurnya, saya lebih suka buat siri Sidek. Dari segi sambutan pun, ramai pembaca, terutamanya remaja lebih sukakan Sidek. Idea untuk mewujudkan watak Sidek ini timbul selepas saya melihat penyanyi jalanan (buskers) yang mencari rezeki dengan menyanyi dan bermain muzik di Pasar Seni. Kisahnya, ada seorang daripada kumpulan penyanyi jalanan ini bernama Sidek. Walaupun tidak mengenali beliau, Sidek bagai memberi idea kepada saya untuk menamakan watak kartun ciptaan saya itu mengikut namanya.

Apa subjek yang diketengahkan dalam siri Sidek?

Melalui Sidek, banyak sindiran terhadap dunia artis dan hiburan tempatan diselitkan. Contohnya, sikap hipokrit segelintir artis serta pelbagai cerita di sebalik dunia artis. Bukan itu saja, melalui siri Sidek juga, ada masanya saya paparkan Sidek mengajar ‘anak buahnya’ teknik bermain gitar dan berkongsi maklumat mengenai alat muzik tradisional seperti rebana ubi, kompang, sape dan sebagainya. Menghasilkan Sidek dan Tauke memberi kepuasan berbeza. Dengan Sidek, saya dapat meluahkan minat saya terhadap bidang muzik. Manakala dalam Tauke, saya dapat gambarkan semangat muhibah antara pelbagai kaum.

Selain Tauke dan Sidek, difahamkan anda turut menghasilkan karya seram?

Itulah... Ada yang kata saya ‘sapu’ semua, cerita muhibah (Tauke), cerita muzik dan cerita seram. Kelam kabut jugalah hendak menghasilkan tiga jenis karya berbeza pada waktu sama. Selain Tauke dan Sidek, ada satu lagi siri iaitu cerita berunsur seram yang saya hasilkan untuk majalah Gila-Gila berjudul Teater Takut. Kalau diikutkan, tidaklah apa sangat Teater Takut ini. Tapi mungkin kerana pembaca kita minat dengan siri seram, sebab itulah ramai yang mengikuti siri ini.

Bagaimana proses kerja anda dan siapa kartunis yang banyak memberi inspirasi?

Saya lebih senang melakukan kerja pada waktu malam, selalunya selepas jam 9 malam kerana tidak banyak gangguan. Saya juga lebih suka menyiapkan kerja di rumah. Selalunya, proses kerja akan lebih lancar apabila sudah hampir dengan deadline. Saya tidak mendapat inspirasi daripada mana-mana kartunis tertentu saja. Pada saya, setiap rakan kartunis yang sama-sama bekerja dalam bidang ini memberi inspirasi kepada saya. Ini kerana setiap daripada mereka mempunyai gaya, kelebihan dan keistimewaan masing-masing.

Apa perbezaan dan kepuasan antara melukis kartun dengan melukis karikatur?

Dalam melukis kartun, selalunya kita ‘pecah kepala’ memikirkan idea untuk karya yang akan dibaca. Untuk karikatur pula, cabarannya ialah kita perlu melukis wajah pelanggan yang ketika itu duduk berdepan dan melihat proses kerja kita secara live. Selain itu, apabila melukis karikatur, kita terpaksa berdepan dengan ragam dan kehendak pelanggan yang bermacam-macam. Ada yang tahu menghargai dan sebaliknya. Malah ada yang cerewet dan tidak mengerti konsep karikatur yang sebenar. Banyak pengalaman baru saya peroleh. Sekarang, saya sudah biasa dengan pelbagai ragam manusia dan mudah menyesuaikan diri.


Nama: Azaha Abdul Hamid
Tarikh lahir: 13 Februari 1967
Umur: 43 tahun
Asal: Batu Kurau, Perak.
Blog: karikaturdanaku.blogspot.com.

GILA-GILA TERBARU MENGELEGAK DIPASARAN!!!


January 2, 2010

GILA-GILA TAHUN 2010 !!!

DAPATKAN DIPASARAN SEKARANG!!!