October 6, 2008

PRODUK ANIMASI KERJASAMA CESB DAN EPICT!



  • Anda mahukan karya animasikan bercirikan local content? Nantikan produk animasi dari kartun yang terdapat di dalam majalah Gila-Gila. Antara Judul-judul karya kartun yang terpilih ialah
  • MAWAR OH MAWAR, PEWIRA MAT GILA, TAN TIN TUN- karya Asal Allahyarham Rejabhad.
  • AYOP ANAK TULAKANG- karya Asal Nan
  • SANG KANCIL - Karya Asal Jaafar Taib
  • Namun begitu terdapat juga siri baru seperti 'PENYU TERAKHIR', QABILAH, SILATRON, OPY P.I dan BALANG.
  • Produk Animasi ini adalah hasil kerjasama pihak CESB dan EPICT yang telah dimeterai pada 29 ogos 2008 di Kuala Lumpur Convention Centre.
  • Turut hadir memberi sokongan ialah Ikon Kartunis Malaysia- Dato' Lat
  • Dijangka terdapat 130 episod pelbagai judul akan dibangunkan dalam masa 5 tahun ini.
  • Salah satu studio animasi yang diwujudkan oleh kerajaan negeri Terengganu melalui eFarm ialah studio ANIM@ter ( Animation at Terengganu) di bawah naungan EPICT. studio ini mempunyai 130 animator yang beroperasi dengan keluasan 35000 kaki persegi.
  • Produk animasi local content ini disasarkan akan setanding dengan studio produksi animasi antarabangsa seperti Singapura, India, Filipina dan Korea Selatan.



2 comments:

Cheguman said...

Saya tunggu kemunculannya.

Melilau cari GG tak jumpa. Sebenarnya dah lama tak beli. Ingat nak sambung balik. Kalau ok (maklum le dah tua), boleh langgan je.

Rebana said...

Alhamdulillah...
GG terus mengupdatedkan kualitinya dr masa ke semasa. Sokongan anda ini membangkitkan semula semangat krew GG untuk teruskan perjuangan.