June 17, 2008

CIK LI SUNTIK KASIH SAYANG DAN KEKELUARGAAN DALAM KARTUN.





Bagi peminat kartun Majalah Gila-Gila pasti masih ingat dengan satu watak kanak-kanak yang cute bersama pakciknya.


MANJALONG boleh dianggap satu sentuhan yang terbaik pernah dihasilkan oleh kartunis Cik Li. dengan lukisan kartun yang kemas dan menyakinkan Cik Li berjaya menghidupkan watak MANJALONG agar terus kekal dan segar diingatan pembaca.
Cik Li juga berjaya menghasilkan satu koleksi MANJALONG dalam KURMA DAGING ANITA. perjalanan ceritanya masih berkisar tentang hubungan kekeluarga, Cinta , setia kawan dan masyarakat sekeliling. Sentuhan karya Cik Li dalam koleksi KURMA DAGING ANITA berjaya membuat pembaca tergelak dengan gelagat Manjalong dan pakciknya, disamping tersentuh emosi dengan sedikit konflik yang muncul dalam hidup mereka.


sedikit info juga untuk pengetahuan korang bahawa kartunis Cik Li merupakan salah seorang kartunis yang menganggotai kumpulan GG Group dalam album pertama mereka bertajuk 'Hairan' dan pernah tampil berlakon dalam telemovie bertajuk 'POYO' bersama kartunis lain.
Walaupun kini agak sukar melihat karya terbaru beliau namun begitu sentuhan Cik Li melalui karya MANJALONG sukar ditandingi oleh kartunis lain kerana karya ini seakan-akan mempunyai jiwa yang agak luar biasa sehinggakan MANJALONG kekal dihati peminat-peminatnya.


Jika anda rindukan Manjalong anda boleh mendapatkan koleksi BIOKARTUN GG Group kerana terdapat koleksi MANJALONG di dalamnya. Tahniah buat kartunis Cik Li.

3 comments:

akhirizmi said...

pembetulan... album GG Group yang pertama bukan Hairan.. itu album kedua yang ada Soya - bekas kartunis Gelihati kalau tak silap..

Album pertama GG Group.. Gila-Gila Hits-Belek Lagilah.. Cik Li, Ramzahurin, Boy PJ, Aloy & Kulat..

Rebana said...

akhirizmi
terima kasih dengan pembetulan tersebut.

Anonymous said...

Abang masa kat sekolah saya suka baca koleksi majalah gila gila..saya tengah cari salah satu cerita dari adegan kuch kuch hota hai..bole saya dapat koleksi itu..tak silap ia tahun 1998.terima kasih..