BAGI MEMENUHI PERMINTAAN PEMINAT HARDCORE SEMUA SAYA PERSEMBAHKAN COVER GILA-GILA KELUARAN PERTAMA DAHULU. Dan bawah tu koleksi Gila-Gila Lama...MUGA PUASHATI! TQ
MEGAMOVIE- sebuah karya Ambo yang menampilkan kombinasi filem kepada kartun dalam terjemahan pelukisnya. Mungkin tak sama tetapi cukup menghiburkan dan membuatkan anda ketawa sampai pengsan!
KOMPILASI SHAH SHAWATI..merupakan kompilasi terbaik sentuhan Amir Astar. Penuh gelagat suka duka budak sekolah. Mungkin kompilasi ini akan mengimbau dunia persekolahan anda dulu yang penuh nostalgia..
Anda mahukan karya animasikan bercirikan local content? Nantikan produk animasi dari kartun yang terdapat di dalam majalah Gila-Gila. Antara Judul-judul karya kartun yang terpilih ialah
MAWAR OH MAWAR, PEWIRA MAT GILA, TAN TIN TUN- karya Asal Allahyarham Rejabhad.
AYOP ANAK TULAKANG- karya Asal Nan
SANG KANCIL - Karya Asal Jaafar Taib
Namun begitu terdapat juga siri baru seperti 'PENYU TERAKHIR', QABILAH, SILATRON, OPY P.I dan BALANG.
Produk Animasi ini adalah hasil kerjasama pihak CESB dan EPICT yang telah dimeterai pada 29 ogos 2008 di Kuala Lumpur Convention Centre.
Turut hadir memberi sokongan ialah Ikon Kartunis Malaysia- Dato' Lat
Dijangka terdapat 130 episod pelbagai judul akan dibangunkan dalam masa 5 tahun ini.
Salah satu studio animasi yang diwujudkan oleh kerajaan negeri Terengganu melalui eFarm ialah studio ANIM@ter ( Animation at Terengganu) di bawah naungan EPICT. studio ini mempunyai 130 animator yang beroperasi dengan keluasan 35000 kaki persegi.
Produk animasi local content ini disasarkan akan setanding dengan studio produksi animasi antarabangsa seperti Singapura, India, Filipina dan Korea Selatan.