Sesiapa yang telah memiliki Kompilasi Intelligent Blues Club (IBC) karya Ujang, tentu tertawa dengan telatah kenakalan sekumpulan pelajar yang mengelarkan kumpulan mereka IBC.
Kini kompilasi kartun ujang ini telah di adaptasikan ke dalam bentuk animasi.
Di bawah produksi Hybrid Creative Evolution Sdn Bhd.
Memandangkan Animasi di Malaysia bukan perkara baru lagi.
Malaysia telah menuju kearah mempertingkatkan animasinya ke peringkat lebih global.
Penerbit Ceative Enterprise Sdn. Bhd -CESB- (Majalah Gila-Gila) juga tidak mahu ketinggalan dalam perkara ini.
Oleh itu sebagai langkah permulaan koleksi karya kartunis Ujang (Ibrahim Anon) menjadi target
seperti karya Atuk, Aca, Aku Budak Minang, dan IBC. Ini kerana karya-karya ini mempunyai kekuatan pada jalan cerita dan amat diminati oleh pembaca.
Mungkin juga selepas ini anda akan melihat karya kartunis Cabai (Tiga Dara Pinggitan) , Aloy (Tauke) , Aza dan ramai lagi akan dia animasikan.
4 comments:
Salam, pasti animasi IBC bakal menarik minat pengumpul-pengumpul produksi ini. Adakah Hibrid Creative Evolution ini anak syarikat CESB?
insya Allah...
semuanya masih lam proses pembikinan kalamtimur. Myb akan disiarkan dalam saluran RTM atau Astro.
produksi hybrid creative evolution ni pulak elok tanya pihak produksi tu sendiri. no ada kat gambo atas tu.
tq
Aku suke majalah ini sejak aku kecik lagi.... aku mula tinggalkan majalah ini sejak beberapa kartunis yang aku suker lari meninggalkan GG antaranya Ujang, Cabai,Zunar dan beberapa lagi la... sekarang aku dah mula nak bertatih semula dengan majalah ini... aku harap majalah ini dapat mengembalikan nostalgia lama aku seperti A Mahmud, From taiping with love ... harapan aku walaupun kartunis ini dah tak ada lagi tetapi kenangan mereka tetap bersama kita....Gila-Gila mampu menjadi majalah kartun yang terbaik sekarang....

Post a Comment