May 11, 2008

ALOY




Azha Hamid (Aloy) dilahirkan pada 13 Februari 1967. Aloy memulakan kariernya menerusi ruangan Bakat Kita di majalah Gelihati. Atas kegigihannya, banyak kartun-kartun beliau mendapat tempat di majalah Gelihati. Dalam pada itu, beliau turut mencuba nasib di majalah Batu Api.

Beliau kemudian diterima bekerja di majalah Batu Api pada tahun 1989. Batu Api ketika itu masih di bawah pengurusan Mishar, pengasasnya, dan berpusat di Bangsar, Kuala Lumpur, sehinggalah ditutup operasinya pada tahun 1991. Kemudian Aloy bersama kartunis-kartunis yang lain seperti Nud's, Asan dan penulis Leemadnoor berhijrah ke Gila-Gila. Di sana, beliau memulakan siri strip kartunnya, Sidek Superstar. Pada ketika itu, Gila-Gila diketuai oleh kartunis Ujang.

Aloy juga menerima banyak tunjuk ajar daripada Jaafar Taib, Pengarah Urusan majalah Gila-Gila, sehinggalah beliau mampu menghasilkan stroke kartun yang baik. Sehingga kini, Aloy masih lagi berkarya untuk majalah Gila-Gila. Aloy juga kerap menghasilkan cover untuk majalah GILA-GILA sebelum ini.

Aloy juga berkebolehan menggunakan alat muzik seperti gitar dan drum. Beliau pernah menganggotai kumpulan GG Group bersama Boy pj, kulat dan Ramzahurin. Antara karya popular Aloy ialah Teater Takut,Sidek Superstar dan Tauke
(sumber ihsan: website darialmarikartun.)

4 comments:

Sukatikaulah said...

jonjenin...anda sudah melakukan sesuatu yang hebat.Tahniah!!!

aMeir said...

dTahniah buat ,sukatikaulah, juga. Kerana mencetus bermacam-macam konsep perkartunan negara.

Gen - Z said...

TQ! you re the best!!!

Rebana said...

terima kasih semua. teruskan perjuangan kita.