April 23, 2008

AZA POPULARKAN KARTUN TANPA DIALOG.



Abdul Razak b. Sofhi @ Subhi (AZA). Beliau dilahirkan di Sanglang, Kedah pada tahun 1966., dan kemudiannya dibesarkan di FELDA Padang Piol, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Beliau mula berkarya sejak zaman persekolahan lagi. ketika itu, kartunnya digemari oleh rakan-rakan hinggakan ada yang meminta beliau melukis pada beg sekolah masing-masing.

Kartun pertama beliau terbit buat pertama kalinya di Majalah Gila-Gila pada tahun 1984. Kehebatan Aza melukis kartun tanpa dialog ini boleh di umpamakan seperti jelmaan Sergio Aragones iaitu salah seorang pelukis kartun mexico yang terkaya di USA. Aza berkarya bersama GILA-GILA hampir 24 tahun. Karya kartunnya sememangnya sangat menghiburkan hati para pembaca .

Antara karya Aza yang cukup popular dan mempopularkan nama beliau ialah Belek Belek, Aza Looks At…, Aza’s Jokes, Fiesta, GG Looks At… dan satu karya hasil Kolaborasi beliau dengan kartunis Ujang iaitu Welcome to Malaysia.

Aza boleh dikatakan juga sebagai Otai dalam menghasilkan kartun tanpa suara. Karya-karya beliau menjadi rujukan kepada pelapis-pelapis baru yang ingin menhasilkan kartun bisu. Aza berjaya menyebabkan pembaca tertawa dengan jenaka bisunya yang cukup bersahaja.

Kini Aza cuba menghasilkan karya berdialognya yang terbarunya di dalam Majalah Gila-Gila iaitu Sesat Di Kuala Lumpur dan mencipta satu lagi sejarah baru dengan karya KOMANNA hasil sentuhan beliau dan rakan lamanya Ujang.kartun Aza juga terdapat di papan tanda Kempen anti Dadah di kawasan Felda.

4 comments:

noraisah said...

buku komik aza tanpa dialog best...

noraisah said...

terbaik...

zulblogger said...

Saya beli Majalah Gila-Gila SEBAB ADA KARTUN AZA. Tanpa dialog, tetapi MENGHIBURKAN

zulblogger said...

Jika beli majalah Gila-Gila, saya akan TENGOK KARTUN AZA dahulu. Yg kedua, lihat dan baca ruangan GEROMAL.