April 14, 2008

AZMAN YUSOF PELUKIS KOMIK DAN ILUSTRATOR TERULUNG MALAYSIA.

KARYA :
Perhentian Geting, Pengkalan Kubur, 1997.
Azman Yusof (b. 1955);Watercolour; 149cm x 95cm.



Azman Yusof, lahir pada tahun 1955 di Kota Bharu, Kelantan. Merupakan salah seorang Pengarah Penerbitan CESB ketika mula ditubuhkan. Beliau juga merupakan salah seorang pelukis komik dan ilustrator ulung di Malaysia. Hasil sentuhannya dapat dilihat dikebanyakkan novel-novel terbitan CESB. Azman Yusof mula menceburkan diri dalam bidang komik melalui Tiada Maaf Bagimu di Syarikat Penerbitan Knight - sekitar 1970 an- sebuah komik format 40 muka surat bersaiz A5.



Azman Yusof mula berkarya bersama-sama dengan Mohas, Nik Nordin, Rizalman sebagai kartunis bebas. Beliau masih lagi aktif melukis dan cukup terkenal dengan media cat minyak, warna air dan akrilik hingga kini.



Sebelum menyertai CESB, beliau terlebih dahulu menjadi ilustrator kepada syarikat Amir Enterprise yang menerbitkan majalah Kisah Cinta, majalah Sarina dan novelet-novelet terbitan syarikat itu. Kebanyakkan hasill karyanya dalam bidang komik disumbangkan kepada majalah Bambino dan Rina (Syarikat Suarasa) buat beberapa tahun sebelum penubuhan CESB.
Ketika bersama majalah GILA-GILA, beliau menyumbang Lipat-Lipat dan poster-poster kalendar menarik seperti pahlawan Melayu 5 Bersaudara.

4 comments:

Kalamtimur said...

Takda ke cover komik-komik Azman Yusof, untuk diletakkan di sini? Kalau dapat alhamdulillah, ..

Rebana said...

Itu kena cari dalam arkib Cesb.
lagipun susah nak dptkan. banyak cover novel je. insya Allah kalau jumpa saya uploadkan.

RRE said...

korang tak join azman yusof kat facebook ker?

Rebana said...

mesti join punya...mari kita serbuuuu!!